Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

129) KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak bilangan pokok yang ditanam untuk menjaga kelestarian alam sekitar di Negeri Selangor?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi memelihara kelestarian alam sekitar di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan aktiviti menanam pokok di kawasan seliaan masing-masing. Jumlah pokok yang telah ditanam mengikut PBT bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:

     

    BIL. PBT JUMLAH POKOK YANG DITANAM TAHUN 2019
    1. MBSA 115,436 Nos
    2. MBPJ 229,712 Nos
    3. MPK 63,422 Nos
    4. MPSJ 85,312 Nos
    5. MPS 556,188 Nos
    6. MPAJ 145,333 Nos
    7. MPKJ 29,235 Nos
    8. MPSP 70,902 Nos
    9. MDKL 187,662 Nos
    10. MDKS 534,892 Nos
    11. MDHS 13,092 Nos
    12 MDSB 7,083 Nos
    JUMLAH 2,038,269 Nos

Lampiran

Tiada Lampiran.