Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

54) KELESTARIAN KESELAMATAN BEKALAN MAKANAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan keselamatan bekalan makanan di Negeri Selangor?

    Keselamatan bekalan makanan (food security) adalah amat penting bagi memastikan bekalan makanan berada pada paras yang terbaik di Negeri Selangor yang pada ketika ini masih berada pada paras yang rendah. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menggariskan strategi-strategi bagi tujuan tersebut iaitu :-

    1. Mengenalpasti kawasan-kawasan tanah kerajaan untuk diwartakan sebagai kawasan pertanian dan seterusnya mewujudkan lokasi pertanian baharu;
    2. Memantapkan lagi hasil pengeluaran pengusaha di Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) melalui insentif-insentif dan penambaikan infrastruktur;
    3. Mengadakan kerjasama dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang mempunyai tanah untuk pembangunan tetapi masih lama lagi tempoh untuk dimajukan bagi dijadikan kawasan pertanian jangka pendek;
    4. Mengadakan program latihan praktikal sebagai kepada usahawan baharu yang berminat untuk menceburkan diri khususnya pertanian berkonsepkan moden dan berteknologi tinggi serta bernilai tinggi;
    5. Menyediakan insentif-insentif kepada kepada pengusaha sektor pertanian;
    6. Menyediakan modal awal melalui skim pinjaman kepada pengusaha dan bakal pengusaha melalui program di bawah Hijrah Selangor dan juga Agro Bank (masih diperingkat perbincangan); dan
    7. Membantu pengusaha di dalam memasarkan hasil pengeluaran mereka melalui program-program Selangor Agro Market (SAM), program ekspo jualan di dalam dan luar negara serta jualan secara atas talian melalui Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC).

Lampiran

Tiada Lampiran.