Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

87) KELEWATAN BAJA SUBSIDI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu kelewatan baja subsidi kepada petani terutama di kawasan Sawah Sempadan?

    Pemberian baja subsidi adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Difahamkan kelewatan baja subsidi yang berlaku pada tahun lepas telah diatasi dengan kelulusan khas Kementerian Kewangan bagi menyambung kontrak NAFAS bagi membekalkan baja subsidi kepada pesawah. Di pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang dan IADA Barat Laut Selangor akan sentiasa memastikan pesawah mendapat bekalan baja subsidi yang mencukupi dan dihantar tepat pada masa. Disamping itu juga, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang sentiasa mengemaskini data pesawah dan keluasan bertanam padi supaya pengagihan baja subsidi lebih telus dan hanya kawasan bertanam padi sahaja menikmati bantuan baja subsidi ini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.