Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

256) KELEWATAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI LADANG AIR MANIS

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca kelewatan tersebut?

    Punca kelewatan pembangunan perumahan di Ladang Air Manis adalah disebabkan faktor-faktor seperti berikut :-

    • Kebenaran Merancang yang telah diluluskan pada 20 Februari 2013 oleh Majlis Daerah Sabak Bernam diarahkan untuk dipinda memandangkan terdapat ulasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai cadangan Jajaran Jalan FR5 (Tanjung Karang – Hutan Melintang) oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang terlibat disebahagian tanah
    • Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah menimbang dan bersetuju dngan kajian perubahan dan pembinaan jajaran alternatif melalui terusan utama (bund canal) bagi menggantikan jajaran FR5 (Tanjung Karang – Hutan Melintang). Keputusan ini telah menyebabkan tanah PNSB tidak lagi terlibat dengan jalan
    • Struktur tanah yang tidak stabil di kawasan tersebut yang berjenis ‘marine clay’ memerlukan kerja-kerja ‘Soil Treatment’ dan kerja tanah dilaksanakan terlebih dahulu. Kerja-kerja ini telah siap dilaksanakan Ogos 2016. Manakala kerja-kerja bagi membina 6 unit Rumah Contoh sedang giat dilaksanakan kini pada peringkat 70%.
    • Projek ini mensasarkan sejumlah 260 unit rumah Selangorku iaitu 66% daripada keseluruhan unit melebihi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga erumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu 40% sahaja. Pelan Kebenaran Meancang yang telah diluluskan perlu dipinda semula mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh LPHS bagi menjaikan projek ini berdayamaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.