Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

170) INDUSTRI PERKILANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan yang telah berjaya di bawa ke Negeri Selangor dalam industri perkilangan dari pelabur asing dan tempatan?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, sebanyak 132 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 5,965,124,862 (RM 5.97 bilion) dimana sebanyak RM 2,149,465,303 (RM 2.15 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,815,659,559 (RM 3.82 bilion) daripada pelaburan asing. Sebanyak 6,628 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.