Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

147) KELEWATAN PEMBINAAN PASAR TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, SHAH ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah masalah utama yang di hadapi hingga menyebabkan berlaku kelewatan ?

    Pihak Majlis telah menyempurnakan serahan tapak pembinaan pasar ini kepada kontraktor pada 1 Oktober 2014. Status terkini di tapak pembinaan sehingga 21 Oktober 2016 adalah di peringkat penanaman cerucuk pada tahap 13% siap. Kerja penanaman cerucuk dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat. Namun begitu kemajuan di tapak di lihat masih sangat

    Kelewatan berpunca dari keengganan pihak kontraktor memulakan kerja-kerja pembinaan kerana dilaporkan terdapat 24 gerai yang masih beroperasi di dalam kawasan tapak pembinaan. Menurut pihak kontraktor mereka akan hanya memulakan kerja pembinaan setelah semua gerai-gerai dirobohkan dan pegerai- pegerai dipindahkan ke tapak perpindahan sementara. Sehubungan dengan itu pada 5 Mei 2015, pihak Majlis telah mengarahkan kontraktor yang sama untuk membina gerai di atas tapak pemindahan sementara untuk menempatkan pegerai-pegerai berkenaan. Walau bagaimanapun, kontraktor telah gagal menyempurnakan pembinaan dan penyerahan gerai di tapak pemindahan sementara setelah tamat tempoh 7 minggu yang diberikan.

    Pegerai-pegerai tidak dapat dipindahkan kerana gerai yang didirikan masih belum mendapat bekalan air dan eletrik. Alasan pihak kontraktor adalah pihak TNB tidak dapat membekalkan penggunaan tenaga elektrik kerana kekerapan berlakunya litar pintas di tapak gerai terdahulu berpunca dari penyambungan

    yang dibuat oleh pegerai-pegerai secara haram. Majlis seterusnya telah berbincang dengan TNB dan masalah ini telah dapat diatasi dengan baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.