Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

243) KELIP-KELIP DI KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan kelip-kelip kekal sebagai produk eko-pelancongan yang popular di Selangor?

    Majlis Daerah Kuala Selangor adalah sebuah agensi yang menyelenggara kebersihan dan kemudahan di Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

    Rancangan Jangka Panjang:

    1. Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan diwartakan dalam Cadangan Zon Santuari Kelip-kelip Rancangan Tempatan MDKS 2015 dengan Zon Pembangunan Terhad selebar 400 meter dari kedua-dua belah tebing sungai. ( 5km radius )
    2. Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengarahkan MDKS untuk pengambilan balik tanah dengan tujuan tiada pembangunan di sekitar kawasan ini  supaya tidak mengganggu habitat spesis berkenaan.

    Zon Pembangunan Terhad:

    1. Sebarang permohonan  pembangunan  di  kawasan  Zon  Penampan adalah tertakluk kepada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.
    2. Koridor Sungai adalah kawasan di luar rizab sungai dan dalam lingkungan 50 meter berdasarkan Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.