Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

67) Keluasan Tanah Kerajaan Yang Telah Dicerobohi

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi seluruh Selangor secara rasmi?

    Jumlah keluasan tanah kerajaan yang telah diceroboh adalah berjumlah 1055.27 ekar. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Kesemua tanah berkenaan telah dikeluarkan Notis 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 oleh Pentadbir Tanah Daerah yang berkaitan.

    Maklumat Tambahan :
    Mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah –
    a) Menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab, atau tanah perlombongan;

    b) Membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanahsedemikian atau bahagian darinya;

    c) Memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian;
    adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
    Amaun denda dan tempoh penjara ini juga diperuntukkan kepada mana-mana orang yang bersubahat dalam melakukan kesalahan di para (a), (b) dan (c).
    Untuk makluman, tanah kerajaan adalah termasuk semua tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau Pihak Berkuasa Berkanun yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.