Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

211) KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan latar belakang, sejarah dan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran tanah rizab Melayu di Selangor dan berikan keluasan tanah rizab Melayu yang diwartakan di Selangor setiap tahun mengikut daerah sejak tahun 2000.

    Tanah Rizab Melayu (TRM) mula diperkenalkan melalui Undang-Undang Tanah Rizab Melayu pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai dari 15 Disember 1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935, ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan sehingga ke hari

    Berikut adalah Undang-undang yang terpakai bagi TRM, iaitu:

    • Enakmen Rizab Melayu [NMB Bab.142] (Selangor) atau Malay Reservation Enactment [FMS Cap. 142] (As Applicable to the State of Selangor)
    • Perlembagaan Persekutuan
    • Kanun Tanah Negara, 1965
    • Kaedah-Kaedah Tanah Selangor, 2003 (Pindaan 2005 dan Pindaan 2007)

    Jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang diwartakan di Selangor setiap tahun mengikut Daerah semenjak tahun 2000 adalah seperti di LAMPIRAN A.

    REKOD PEWARTAAN, PEMBATALAN DAN PENGGANTIAN TANAH RIZAB MELAYU DI BAWAH SEKSYEN 3 DAN 4 ENAKMEN RIZAB MELAYU YANG TELAH DIWARTAKAN DARIPADA TAHUN 2000 SEHINGGA TAHUN 2014

     

     

    Daerah

    Pewartaan Pembatalan Penggantian
    Luas
    Klang Tiada 36.8 ekar 26.7 ekar
    Hulu Langat 72.508 ekar 22.395 ekar 23.610 ekar
    Hulu Selangor Tiada 754.307 ekar 783.997 ekar
     

    Kuala Langat

    558 ekar 7.468 ekar 10.015 ekar
    Tiada 3,392.33 ekar 3,800.37 ekar
    Hulu Langat 8.034 ekar 5.250 ekar 5.250 ekar
    Kuala Selangor 250.564 ekar 5.001 ekar 5.001 ekar (Sabak Bernam)
    Sabak Bernam 53.031 ekar Tiada Tiada

    Sumber : Bahagian Perundangan, PTGS

     

Lampiran

Tiada Lampiran.