Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

137) KELUHAN NELAYAN DARAT DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sumber ikan dan udang galah terjejas teruk disebabkan kemarau baru-baru ini di kawasan Kampung Asahan hingga ke Kampung Sepakat, Kuala Selangor. Apakah langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu memperbanyakkan semula sumber ikan dan udang di kawasan tersebut?

    Untuk makluman Y.B, langkah yang boleh diambil ialah dengan memperbanyakkan program pelepasan umum di sungai-sungai terlibat. Program ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan stok ikan yang sedia ada. Bagi menampakkan hasil di satu-satu tempat perlu dibuat pelepasan berterusan sekurang-kurangnya 3 tahun barulah menampakkan hasil. Spesies yang hendak dilepaskan perlulah spesies asli dari sungai tersebut dan bukan spesies asing. Pelepasan spesies asing adalah dilarang kerana boleh mengganggu ekosistem atau habitat asal dan seterusnya menghapuskan spesies asal di sungai tersebut. Untuk rekod pada tahun 2013 sebanyak 210,000 ekor benih ikan dan udang dilepaskan. Antara sungai terlibat ialah Sungai Bernam dan Ban Canal,Tanjung Karang.

Lampiran

Tiada Lampiran.