Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

137) KELULUSAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (LMS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak permohonan Lesen Menduduki Sementara yang telah diterima oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak bulan Oktober 2011 sehingga sekarang?

    Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah menerima sebanyak 222 permohonan bagi Lesen Menduduki Sementara dan daripada jumlah tersebut sebanyak 107 permohonan telah diluluskan sejak bulan Oktober 2011 sehingga sekarang. Pecahannya mengikut daerah adalah seperti dalam jadual berikut:

     

    BIL

     

    DAERAH

    PERMOHONAN YANG DITERIMA  

    PERMOHONAN YANG DILULUSKAN

    1. Petaling 8 8
    2. Klang 72 71
    3. Gombak 10 1
    4. Hulu Langat 35 1
    5. Sabak Bernam 21 0
    6. Kuala Selangor 4 1
    7. Kuala Langat 38 8
    8. Hulu Selangor 1 1

     

     

    BIL

     

    DAERAH

    PERMOHONAN YANG DITERIMA  

    PERMOHONAN YANG DILULUSKAN

    9. Sepang 33 16
    Jumlah 222 107

Lampiran

Tiada Lampiran.