Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

7) KELULUSAN PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN BAGI DUN PAYA JARAS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah kelulusan program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin bagi Dun Paya Jaras semenjak 2008?

    Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara portfolio ataupun program yang membantu rakyat miskin yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat untuk diduduki. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini telah diwujudkan bagi meringankan beban kos sara hidup dalam memiliki kediaman sendiri. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini tertumpu pada mereka yang kurang berkemampuan dengan pendapatan seisi rumah kurang daripada RM1500.00 sebulan, menduduki kediaman sendiri yang telah daif dan tidak selamat dan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Secara tidak langsung, dengan program sebegini, ia dapat membantu mengurangkan bebanan sewa bulanan rumah yang dihadapi oleh pemohon sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang bangsa dan kaum.

    Program ini melibatkan 9 buah daerah di Negeri Selangor dan tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN. Permohonan yang diterima adalah berdasarkan daerah yang diduduki oleh pemohon. Paya Jaras adalah terletak di bawah daerah Petaling dan penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin bagi daerah Petaling adalah seramai 54 orang sejak tahun 2008 sehingga kini. Jumlah penerima bantuan bina baru rumah sebanyak 39 dan bantuan baikpulih rumah sebanyak 15. Berikut adalah jadual pecahan jumlah penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di daerah Petaling dari tahun 2008 hingga  2013 :-

    BIL TAHUN BANTUAN YANG DITERIMA JUMLAH
    BINA BARU BAIKPULIH
    1 2008 7 Penerima

     

    RM210,000.00

    7 Penerima

     

    RM210,000.00

    2 2009 16 Penerima

     

    RM480,000.00

    3 Penerima

     

    RM60,000.00

    19 Penerima

     

    RM540,000.00

    3 2010 4 Penerima

     

    RM120,000.00

    5 Penerima

     

    RM100,000.00

    9 Penerima

     

    RM220,000.00

    4 2011 3 Penerima

     

    RM90,000.00

    3 Penerima

     

    RM60,000.00

    6 Penerima

     

    RM150,000.00

    5 2012 3 Penerima

     

    RM105,000.00

    2 Penerima

     

    RM40,000.00

    5 Penerima

     

    RM145,000.00

    6 2013 6 Penerima

     

    RM198,000.00

    2 Penerima

     

    RM40,000.00

    8 Penerima

     

    RM238,000.00

    7 2014
    JUMLAH KESELURUHAN 39 Penerima

     

    RM1,203,000.00

    15 Penerima

     

    RM300,000.00

    54 Penerima

     

    RM1,503,000.00

     

    *Tiada borang permohonan dikemukakan pada 2014. Permohonan bagi 2015 daerah Petaling akan diturun siasat dalam masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.