Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

87) KEMAHIRAN ADVOKASI PWB

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak 2018, berapa program advokasi dan perundangan dan pengetahuan hak wanita diadakan di peringkat PWB untuk semua DUN?

    Bermula September 2018, Modul Wanita dan Perundangan diperkenalkan sebagai salah satu komponen di dalam Program Pembangunan Kapasiti yang juga terkandung di dalamnya Modul Kefahaman Gender, Pendemokrasian Hak Rakyat, Kesihatan Wanita dan Keluarga. Daripada jumlah keseluruhan 923 program-program Pusat Wanita Berdaya yang telah dijalankan di seluruh Selangor sejak Januari hingga September 2019, 289 adalah program-program Pembangunan Kapasiti. Daripada jumlah ini, 46 program adalah daripada Modul Wanita & Perundangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.