Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

125) KEMAJUAN PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak telah menjalankan kajian ke atas pemilik-pemilik tanah projek perumahan Bukit Botak pada tahun lepas. Berapa ramaikah daripada 1,422 pemilik asal tanah yang mampu dan bersetuju untuk membeli rumah mengikut kadar harga yang ditawarkan Kerajaan Negeri?

    1. Laporan Borang Opsyen Penduduk Bukit Botak (yang ditandatangani di antara 8 Feb 2010 – 9 April 2010 dan dikembalikan semula ke Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak)

     

     

    Opsyen 1: Setuju Memiliki Rumah pada rizab harga  RM99,000  (tidak termasuk kos pembinaan RM 12,300)

     

    1215

     

    Opsyen 2: Tidak Berminat Memiliki Rumah pada rizab harga RM99,000 (tidak termasuk kos pembinaan RM 12,300) TETAPI bersetuju menerima perbezaan bayaran hasil harga jualan jaminan PKNS RM 170,000

     

    36

     

    Opsyen 3: Menolak kedua-dua Opsyen 1 dan Opsyen 2

     

    0

     

    Tidak hadir menandatangani mana-mana opsyen atau gagal dihubungi

     

    171

    JUMLAH 1422

     

     

     

     

    Daripada jumlah 1,422 penduduk asal, terdapat 1,002 hakmilik berdaftar yang terlibat dengan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 (WKN 3668/6.11.2009). Selebihnya adalah kategori yang belum menerima/tiada hakmilik iaitu 420 penduduk.

     

    Walau bagaimanapun, daripada jumlah 1,002 hakmilik yang telah diwartakan untuk pengambilan, terdapat 77 hakmilik bagi rumah yang telah disiapkan oleh Delpuri Corporation telah ditarik balik daripada pengambilan tanah melalui Pembatalan Borang D – Penyerahan No. 3147/2010, 3151/2010 dan 3167/2010 pada 28 September 2010. Maka ini menjadikan sejumlah 925 hakmilik individu yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi Projek Perumahan Bukit Botak.

     

     

    Ringkasannya adalah seperti berikut:

     

    Hakmilik Yang Terlibat Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 3(1)(a) APT 1960 Untuk “Projek Pembangunan Dan Penempatan

    Semula Setinggan Bukit Botak” (WKN 3668/6.11.2009)

    1002
    Tolak Jumlah Penarikan Balik Warta Pengambilan ke atas 77 Hakmilik Delpuri pada 23 Jun 2010 77
    Baki Hakmilik Untuk Siasatan Seksyen 12 APT 1960 Peringkat 1-7 925
    Hadir Siasatan (Seksyen 12):  
    Peringkat 1: 1.12.2009 – 31.12.2009 414
    Peringkat 2: 21.01.2010 – 10.05.2010 82
    Peringkat 3: 14.07.2010 – 3.08.2010 76
    Peringkat 4: September – 19 Oktober 2010 46
    Peringkat 5: 20 Oktober 2010 – awal Januari 2011 49
    Peringkat 6: Pertengahan Januari 2011 – awal Februari 2011 32
    Peringkat 7: Pertengahan Februari 2011 – 14 Mac 2011 13
    Jumlah hadir siasatan (Peringkat 1-7) 712
    Jumlah belum/tidak hadir siasatan (925 – 712 = 213) 213

     

    Kesemua 712 pemilik tanah yang menghadiri siasatan seksyen 12 APT 1960 di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum perintah pampasan “Borang G dan H” dikeluarkan secara bertulis kepada pemilik tanah terbabit berkenaan keputusan Kerajaan Negeri Selangor bahawa harga rizab rumah semi-D 3 bilik 2 bilik air berkeluasan lantai 850 kaki persegi dan keluasan keseluruhan 2,200 kaki persegi yang akan ditawarkan  kepada  penduduk asal Bukit Botak ialah RM 99,000.00 sahaja (tidak termasuk kos pembinaan RM 12,300). Manakala pampasan tanah atas pengambilan akan dijadikan sebagai kos pembinaan iaitu sebanyak RM 12,300.00 yang juga merangkumi segala kos guaman dan perbelanjaan perundangan termasuk duti setem dan lain-lain kos luar jangka bagi maksud pengendalian perjanjian surat cara (jual-beli) yang melibatkan penduduk dan Kerajaan Negeri.

     

    Penduduk asal Bukit Botak yang layak tetapi tidak memiliki hakmilik tanah atau tidak menjelaskan bayaran premium tanah juga akan ditawarkan rizab harga RM99,000 sahaja (tidak termasuk kos pembinaan RM 12,300).

     

     

     

     

    Kandungan surat tawaran bertajuk “Setuju Memiliki Rumah: Akujanji Bagi Melaksanakan Dan Menyempurnakan Projek Bukit Botak (Taman Selayang Mulia)” oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) selepas Borang G dan Borang H dikeluarkan menyatakan dengan jelas kepada penduduk terlibat  bahawa pampasan tanah ke atas pengambilan yang terlibat  akan  diserap sebagai kos pembinaan iaitu RM12,300 pampasan tanah (bayar kepada PKNS) dan lebihan wang pampasan tanah (jika ada) dijadikan deposit rumah masing- masing (dibayar terus kepada PKNS).

     

     

    A. Jumlah surat UPEN “Setuju Memiliki Rumah: Akujanji Bagi Melaksanakan Dan Menyempurnakan Projek Bukit Botak (Taman Selayang Mulia)” yang telah dihantar kepada penduduk terlibat

     

    449

     

    Yang telah ditandatangani oleh penduduk terlibat dan dikembalikan kepada PTD Gombak sehingga 14 Mac 2011

     

    Surat Persetujuan Tawaran dikembalikan : 289 Surat Penolakan Tawaran dikembalikan      : 0

     

    289

     

    Yang    belum    ditandatangani     oleh    penduduk    terlibat    atau    tidak dikembalikan kepada PTD Gombak sehingga 14 Mac 2011

     

    160

     

    B. Sedang dalam proses untuk dihantar surat tawaran oleh UPEN kepada penduduk yang telah hadir siasatan pengambilan tanah

     

    263

     

    Jumlah A + B (bersamaan dengan jumlah yang  telah  hadir siasatan)

     

    712

     

    Sumber maklumat: Pejabat Tanah Dan Daerah Gombak, Unit Perancang  Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

Lampiran

Tiada Lampiran.