Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

3) KEMAJUAN SUKAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Semakin hari kemajuan atlet-atlet yang mewakili Selangor bertanding dalam acaraacara sukan semakin berkurangan. Apakah usaha bagi memastikan mereka semua bangkit semula?

    Pencapaian atlet Negeri Selangor buat masa ini berada di tahap yang amat
    membanggakan dan jika dilihat di peringkat antarabangsa khasnya kebanyakan atlit
    yang mewakili negara adalah atlit yang berasal dari Negeri Selangor. Walau
    bagaimanapun, sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan
    kecemerlangan sukan di Negeri ini, Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa peka atas
    perkara tersebut dan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan
    atlit-atlit ini terus mempamerkan kecemerlangan khususnya ketika bertanding.
    Kebanyakan atlit yang bertanding di peringkat kebangsaan adalah atlit yang masih di
    dalam program pembangunan bertujuan memberikan pendedahan kepada mereka
    untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing. Manakala atlit-atlit elit kebanyakannya
    telah diserapkan di dalam program kebangsaan dan memberikan tumpuan sepenuhnya
    untuk kejohanan antarabangsa. Oleh yang demikian, pihak Majlis akan sentiasa
    melahirkan bakat-bakat baru untuk diketengahkan melalui program-program
    pembangunan sukan yang telah dijalankan bersama persatuan-persatuan sukan negeri
    dan juga program Pelapis Majlis Sukan Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.