Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

81) KEMBARA ATV HUTAN GOMBAK TIMUR HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu memajukan aktiviti kembara ATV (All-Terrain Vehicle) di Kg Kemensah?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi sokongan dalam apa jua aktiviti khususnya sukan lasak selagi ia mematuhi segala peraturan-peraturan dan undang-undang yang masih berkuat kuasa. Aktiviti sukan lasak seperti aktiviti kembara ATV (All-Terrain Vehicle) di Kampung Kemensah ini bukan sahaja memberi impak positif dalam aspek sosial malah turut juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam aspek ekopelancongan Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengeluarkan Permit Penggunaan kepada salah satu pengusaha ATV iaitu ATV Fun Adventure Marketing di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal Hulu Gombak bagi tujuan menjalankan aktiviti rekreasi yang dimaksudkan. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak memberi apa-apa bantuan kepada pengusaha terlibat bagi tujuan memajukan aktiviti ATV tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.