Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

126) KEMELUT SIJIL PSRA SEKOLAH KAFA JAIS DENGAN SIJIL UPKK KPM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. UPKK adalah penilaian di Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan (KPM) sedangkan PSRA adalah penilaian Tahun 6 di sekolah yang di bawah JAIS. Penilaian PSRA lebih ketat berbanding dengan UPKK. Apakah status taraf sijil PSRA digunakan sebagai syarat memasuki SBP KPM?

    UPKK peperiksaan yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan di Sekolah Kebangsaan (KPM).

     

    • Tanggungjawab :
    • UPKK          : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    • PSRA : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
    • UPKK adalah penilaian bagi murid tahun 5 manakala PSRA bagi murid tahun 6
    • UPKK dan PSRA di Selangor dilaksanakan di:
    • Sekolah Rendah Agama (SRA)
    • Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
    • Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFAi)
    • Sekolah Rendah Islam (SRI) berdaftar di bawah JAIS

    Status taraf sijil PSRA adalah lulus (Maqbul) bagi syarat minima kemasukan murid ke:

    • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    • Kelas KAFA Menengah (KKM)

    Calon sijil PSRA yang cemerlang (mumtaz) mempunyai *kelebihan bagi kemasukan murid ke:

    • Sekolah Berasrama Penuh (SBP KPM)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
    • Kelas Aliran Agama (KAA)
    • Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

    *Nota

    • Syarat Permohonan Kemasukan SBP KPM Tingkatan 1, perkara 12 iaitu Kelayakan Sijil Agama (SDEA/ PSRA) diambil kira sebagai syarat pengambilan.
    • Kelebihan murid di Negeri Selangor yang belajar di SRA, SRAI, KAFAi dan SRI mereka mempunyai 2 sijil iaitu UPKK dan PSRA di mana keduadua sijil menjadi syarat kemasukan ke SBP KPM. Berbeza dengan murid di negeri lain yang mempunyai satu sijil sahaja iaitu UPKK.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.