Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

133) KEMEROSOTAN EKONOMI DISEBABKAN OLEH PERLAKSANAAN GST OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mata pencarian penjaja-penjaja di Negeri Selangor telah sangat terjejas sejak April 2015 selepas sistem cukai GST dilaksanakan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu penjaja-penjaja supaya dapat melalui masa yang sangat sukar ini?

    Kerajaan Negeri mempunyai beberapa Program yang akan membantu penjaja- penjaja supaya meringankan bebanan yang dialami lanjutan pelaksanaan GST di peringkat Nasional.

     

    Salah satu adalah Program Hijrah Selangor yang menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilancarkan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar pada 24 Mac 2015. Program ini bertujuan melebarkan golongan kelas menengah iaitu dengan menyalurkan modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di Negeri Selangor. Tawaran pemberian pinjaman bermula sebanyak RM5,000 sehingga RM 50,000.00 kepada pemohon yang menepati syarat kelayakan.

     

    Selain itu, Program Dana Usahawan Mikro Selangor yang dikendalikan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan yang bertujuan mengurangkan beban usahawan mikro terhadap GST terutamanya yang melibatkan pembelian perkakasan mesin dan peralatan untuk tujuan memajukan, mengembangkan dan membesarkan lagi perniagaan. Had maksimum bantuan dinaikkan daripada RM10,000/permohonan kepada RM30,000/permohonan. Dengan bantuan ini, secara tidak langsung, pemohon- pemohon yang berjaya tidak perlu menanggung kos GST bagi pembelian mesin, peralatan ataupun perkakasan kerana perolehan mesin, perkakasan dan peralatan tersebut akan diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.