Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

84) KEMISKINAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan penerima bantuan rumah kerajaan prihatin mengikut daerah seluruh Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Sepat, permohonan Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Di bawah program ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membantu seramai 76 keluarga yang kurang berkemampuan merangkumi 9 daerah pada tahun 2015. Manakala bagi tahun 2016, seramai 36 keluarga telah dibantu bagi mendapatkan rumah yang selesa di bawah program yang sama. Senarai penuh permohonan yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2015 sehingga 2016 mengikut pecahan daerah dan syarat-syarat bantuan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah seperti jadual di Lampiran. Sehubungan itu, sekiranya Yang Berhormat Tanjung Sepat ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci, Jawatankuasa memohon perkara ini dikemukakan secara bersurat.

    Peruntukan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah sebanyak RM1 juta yang telah dibajetkan bagi tempoh setahun dan dikhususkan untuk membantu rakyat di Negeri Selangor untuk mendapatkan sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Bermula tahun 2017, terdapat dua jenis bantuan di bawah Program ini iaitu bantuan bina baru rumah 3 bilik berserta satu bilik air dengan kos RM50,000.00 bagi sebuah rumah dan bantuan baikpulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami.

    Di sepanjang tahun 2015 sehingga 2016, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah membelanjakan peruntukan sedia ada sebanyak RM1,918,698.30 merangkumi kos perbelanjaan bina baru dan baikpulih rumah kepada 112 keluarga melibatkan 9 daerah seperti butiran berikut :

     

    PETUNJUK TAHUN JUMLAH
    2015 2016
    Bina Baru 33 2 36
    Baikpulih 43 34 77
    Jumlah keseluruhan 76 36 112

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.