Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

76) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti sejauh mana masalah kemiskinan bandar berlaku di bandar-bandar di Negeri Selangor. Apakah kriteria garis kemiskinan bandar yang digunakan?

    Peningkatan jumlah penduduk bandar menjadi satu trend di kebanyakan negara membangun hari ini. Melihat kepada kepesatan pembangunan di bandar telah menarik minat penduduk luar bandar untuk ‘berhijrah’ ke bandar, lantaran peluang pekerjaan yang ditawarkan. Keadaan ini sekali gus telah menyumbang kepada peningkatan kadar pembandaran. Oleh itu tidak hairanlah wujud fenomena kemiskinan bandar apabila segelintir masyarakat yang tidak mampu mengikuti arus kemodenan ini tercicir lantas dibelenggu kemiskinan. Kriteria garis kemiskinan bandar adalah berdasarkan jumlah pendapatan, tanggungan isi rumah, pemilikan aset sama ada mempunyai rumah sendiri atau menyewa, kemudahan kesihatan dan keperluan-keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan, pengangkutan).

Lampiran

Tiada Lampiran.