Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

271) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan bandar dan apakah keberkesanannya mengikut statistik?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan mengambil berat mengenai hal kemiskinan sama ada di bandar atau di luar bandar. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri masih meneruskan program-program sedia ada iaitu Program Bantuan Blueprint Kemiskinan, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin,dan Tajaan Kemahiran Teknikal. Bagi memastikan bantuan-bantuan ini terus sampai kepada golongan sasar maka Kerajaan Negeri akan mengadakan bancian di Selangor sama ada di bandar atau luar bandar dalam masa terdekat. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang memilih beberapa universiti di Selangor untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan bancian

Lampiran

Tiada Lampiran.