Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

227) KEMISKINAN BANDAR BEGITU KETARA ANTARA PENDAPATAN GOLONGAN ORANG KAYA DAN MISKIN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk memperbaiki jurang pendapatan ini.

    Strategi utama pembasmian kemiskinan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan memfokuskan kepada program yang berupaya menjana pendapatan serta memberi kemudahan pembiayaan pendidikan dan latihan ke arah mentransformasikan masyarakat miskin tegar dan miskin kepada masyarakat yang berupaya menjana pendapatan yang mencukupi bagi menanggung kos hidup yang semakin meningkat. Pelbagai rancangan dan program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dalam menangani dan membasmi kemiskinan di samping meningkatkan taraf hidup bagi golongan berpendapatan rendah. Antaranya adalah Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS, Program Pemberian Baucar sempena Perayaan dan Program Back to School. Walau bagaimanapun, usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan dan mengecilkan jurang pendapatan ini juga turut memerlukan penglibatan dan kerjasama strategik daripada pelbagai sektor swasta dan masyarakat setempat selaras dengan agenda pembangunan yang dirancang secara menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.