Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

193) SYARAT NYATA HAKMILIK TANAH LADANG KELAPA SAWIT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak hakmilik tanah pertanian untuk penanaman pokok kelapa sawit yang masih belum didaftarkan tujuan penanaman pokok kelapa sawit sebagai syarat nyata hakmiliknya di daerah Kuala Langat?

    Jumlah hak milik tanah pertanian di daerah Kuala Langat ialah sebanyak 38,357 hak milik.  Jumlah hak milik kategori pertanian untuk tujuan kelapa sawit sedia ada adalah sebanyak 13,010 hak milik.  Berdasarkan Pekeliling PTG Selangor Bil. 4/1998, tanah hakmilik yang syarat nyatanya didaftarkan sebagai kelapa sawit, kopi, teh dan kelapa kini didaftarkan di atas satu syarat nyata sahaja iaitu tanaman kekal (industri). Berdasarkan semakan Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat, sebanyak 9,787 hak milik sudah didaftarkan di bawah syarat nyata tanaman kekal (industri).   Pejabat ini tidak dapat mengenalpasti tanah-tanah yang telah ditanam dengan kelapa sawit namun masih belum menukar syarat nyata kepada tanaman kekal (industri) melainkan satu bancian pertanian kelapa sawit dilaksanakan pada masa hadapan yang melibatkan 25,347 hak milik.

Lampiran

Tiada Lampiran.