Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

121) KEMISKINAN BANDAR WARGA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan perancangan jangka masa pendek dan panjang yang dihujahkan oleh Kerajaan Negeri untuk memerangi Kemiskinan Warga Selangor tinggal di Bandar selaras dengan konsep SMART Selangor.

    Dalam melangkah maju kehadapan serta mendepani pelbagai cabaran ketidaktentuan ekonomi, kemiskinan merupakan fokus utama yang perlu ditangani hingga ke akar umbi. Dalam hal ini, inisiatif dan usaha keras Kerajaan Negeri dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai program bantuan dan pengupayaan ekonomi oleh pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) serta Jabatan/ Agensi. Selain itu, satu Rancangan Pembangunan Jangka Pendek dan Panjang bagi Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor perlu disediakan bagi memberikan hala tuju yang jelas serta memastikan semua perancangan pembangunan tidak tersasar dari landasan yang telah direncanakan sejak awal sekaligus mencapai matlamat kemiskinan

    Selari dengan tema “Membangun Smart Selangor yang Peduli”, Kerangka Rancangan Pembangunan Jangka Pendek dan Panjang bagi Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor adalah menggunakan pendekatan secara holistik, integrasi/ bersepadu dan sinergi. Tidak hanya menfokuskan kepada golongan miskin bandar sahaja, ianya mensasarkan semua golongan miskin dan kurang berkemampuan dari segenap lapisan masyarakat.

    Dengan menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index– MPI) sebagai asas pembinaan teras-teras strategi dan bidang fokus yang akan digariskan bersesuaian dengan kesejahteraan sosio-ekonomi dan rangka kerja pembangunan Negeri Selangor, ianya diharap berupaya mencapai matlamat kemiskinan sifar dari segenap dimensi dengan berpaksikan rakyat (people centric). Berikut merupakan Kerangka Rancangan Pembangunan Jangka Pendek dan Panjang bagi Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor.

    Kerangka Rancangan Pembangunan Jangka Pendek bagi Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor

    • Merupakan suatu dasar yang dibina untuk membasmi kemiskinan secara total dan efektif yang mana terdiri daripada tiga (3) strategi:-
    • Meneruskan agenda Smart Selangor ke arah menjadikan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang smart dengan berpaksikan rakyat;
    • Meneruskan dan memperkukuh program-program pembasmian kemiskinan dan pengupayaan ekonomi sedia ada seperti Program HIJRAH Selangor, Dana Usahawan Mikro, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Program Pembangunan Ekonomi, Nelayan, Petani dan Peternak Negeri Selangor, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Insentif Perkahwinan Belia serta pelbagai lagi program di bawah seliaan pelbagai Jabatan/ Agensi di Negeri Selangor;
    • Menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) bagi Pembasmian Kemiskinan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerajaan dan Komuniti Prihatin Negeri Selangor (Selangor Caring Community & Government – SCCG) yang berfungsi untuk melaporkan kepada Kerajaan Negeri berhubung tahap terkini kadar kemiskinan Negeri Selangor serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi menangani

    Kerangka Rancangan Pembangunan Jangka Panjang bagi Program Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor

    • Merupakan suatu dasar yang mencakupi strategi utama dan bidang fokus yang menyeluruh untuk mencapai sasaran kemiskinan sifar dalam semua dimensi. Konsep pelaksanaannya adalah menggunapakai lima (5) teras strategik iaitu:-
    • Memperkukuh infrastruktur dan kemudahan yang smart;
    • Mencapai pendidikan inklusif;
    • Mempertingkat pembangunan mampan serta mewujudkan komuniti yang prihatin, selamat dan harmoni;
    • Memperkasa pertumbuhan ekonomi; dan
    • Memperluas akses dan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan serta mempertingkat kualiti

    Oleh yang demikian, bagi menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat Negeri Selangor, isu kemiskinan perlu ditangani secara holistik, integrasi/ bersepadu dan sinergi bagi memastikan matlamat kemiskinan sifar di Negeri Selangor dapat dicapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.