Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

180) KEMISKINAN DI DESA DAN KAMPONG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan dasar kerajaan negeri untuk mengurangkan paras kadar kemiskinan di Kawasan desa dan kampung?

    Pelbagai rancangan dan program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dalam mengurangkan paras kadar kemiskinan di kawasan desa di samping meningkatkan taraf hidup bagi golongan berpendapatan rendah. Antaranya adalah Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS, Program Pemberian Baucer sempena Perayaan dan Program Back to School. Selain itu, di antara program lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Ianya merupakan salah satu program di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh. Jenis bantuan adalah terbahagi kepada membina baru rumah dan membaikpulih rumah sedia ada. Bantuan membina baru rumah tiga (3) bilik dan satu (1) tandas dengan keluasan 660 kaki persegi dan dua

    (2) bilik satu (1) tandas dengan keluasan 600 kaki persegi serta membaik pulih rumah sedia ada yang mengalami kerosakan dengan kos tidak melebihi RM20,000.00.

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan beberapa Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah Jawatankuasa- jawatankuasa Tetap yang lain untuk membantu meringankan bebanan rakyat seperti Program Air Bersih Percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, Program Skim Mesra Usia Emas, Skim Mikrokredit Selangor, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mikrokredit Wanita Ladang dan pelbagai lagi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.