Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

108) KEMISKINAN RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik rakyat fakir dan miskin semasa mengikut kaum?

    Berdasarkan kepada bancian yang dibuat pada tahun terakhir 2007, seramai 1,530,629 orang penduduk di Negeri Selangor berpendapatan kurang dari RM1,500.00 iaitu 30% dari jumlah populasi di Negeri Selangor sebanyak 5,070,000.

    Buat masa ini, tiada bancian khas dilaksanakan untuk mengenal pasti statistik rakyat fakir dan miskin mengikut kaum. Walau bagaimana pun, data penerima bantuan di bawah program bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin mengikut pecahan kaum bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti berikut :

    BIL PROGRAM MELAYU CINA INDIA JUMLAH
    1 Blueprint

    Pembasmian

    Kemiskinan

    1,107 21 106 1,234
    2 Kerajaan Prihatin 838 34 59 931
    JUMLAH 1,945 55 165 2,165

Lampiran

Tiada Lampiran.