Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

66) KEMPEN BEBAS PLASTIK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme penilaian keberkesanan Kempen Bebas Plastik Selangor? Senaraikan kaedah penilaian dan sebarang KPI.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan beberapa kajian Sikap Penerimaan Kempen Beg Plastik di Negeri Selangor pada tahun 2014, tahun 2017 dan tahun 2018 bagi mendapatkan maklumat berkaitan keberkesanan kempen yang telah dijalankan berdasarkan survey terhadap responden yang dipilih dalam kalangan rakyat di seluruh negeri

    Hasil kajian tersebut mendapati sebanyak 93% responden bersetuju dan sedar dengan penyertaan kepada kempen ini akan membantu dan menyelamatkan alam sekitar. Selain itu, 79% responden telah kerap membawa beg sendiri ketika membeli-belah setelah kempen ini dilancarkan. Seterusnya, sebanyak 69% responden berpendapat bahawa caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan beg plastik adalah wajar. Selain itu, hasil dari kajian yang telah dijalankan juga mendapati sebanyak 76% responden tidak merasa terbeban dengan kempen ini dan 66% responden berpuas hati dengan pelaksanaan kempen ini. Ini menunjukkan kesan positif ke atas penerimaan dan kesedaran masyarakat terhadap caj 20 sen yang dikenakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.