Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

178) KEMPEN BEBAS PLASTIK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan dari pelaksanaan kempen tersebut

    a) dan b)

     

    Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini sedang dalam proses merangka mekanisma bagi mendapatkan data yang menyeluruh dan lengkap mengenai statistik penggunaan beg plastik dan kutipan caj 20 sen hasil pelaksanaan kutipan caj kempen tanpa beg plastik di seluruh Negeri Selangor. Adalah dimaklumkan bahawa hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna bagi setiap penggunaan beg plastik pada ketika ini adalah diuruskan oleh pihak premis perniagaan dengan pantauan Pihak Berkuasa Tempatan dan hasil kutipan tersebut digunakan semula oleh pihak peniaga untuk aktiviti-aktiviti dan program berkaitan alam sekitar di bawah kelolaan pihak pemilik premis sendiri.

     

    Kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini juga sedang meneliti pelaksanaan hasil kutipan caj 20 sen untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk pengurusan dan pemantauan penggunaan beg plastik dan hasil kutipan yang lebih berkesan dan diyakini. Melalui dasar baharu yang sedang dirangka ini, bilangan penggunaan beg plastik akan diperoleh dengan lebih menyeluruh dan tepat serta penggunaan hasil kutipan juga akan memberi manfaat kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.