Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

11) KEMPEN BEBAS PLASTIK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah seterusnya selepas tidak menggunakan plastik oleh peruncit?

    Kempen Bebas Plastik dan Polistirena telah dilaksanakan selama 3 bulan sejak dari tarikh penguatkuasaan pada 1 Januari 2017 dan sepanjang tempoh tersebut, pelbagai reaksi positif dan negatif yang diterima daripada orang awam, media massa serta media sosial. Bagi meneruskan objektif kempen ini tercapai, salah satu daripada langkah yang dirancang adalah untuk melaksanakan kajian awam terhadap penerimaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena yang bertujuan mendapatkan maklumbalas serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Pada peringkat seterusnya, program Bazar Ramadhan Mampan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei hingga Jun 2017 di seluruh PBT Negeri Selangor dan program ini akan lebih menekankan pelaksanaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena kepada pengguna dan peniaga di samping menjalankan aktiviti-aktiviti kepenggunaan yang lain. Selain itu, beberapa program penerangan berhubung pelaksanaan kempen akan turut dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas berhubung pelaksanaan dasar ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.