Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

13) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN 20 SEN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat cara penggunaan kutipan 20 sen beg plastik yang diperolehi oleh peniaga-peniaga? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Tuan Speaker,

    Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan soalan 112 (c) daripada YB Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif (N55 Dengkil) dan soalan 170 (a) dan (c) daripada YB Tuan Loh Chee Heng (N52 Telok Datok) berkaitan Kempen Bebas Plastik dan Bayaran 20 Sen.

     

    • Kerajaan Negeri menggalakkan peniaga untuk menggunakan kutipan caj 20 sen tersebut bagi melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, para peniaga di Selangor turut melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan seperti:

     

    • Pembersihan dan mencantikkan Sungai Klang dan program pembersihan pantai;

     

    • Pengedaran recycle bag secara percuma di pasaraya;

     

    • Kempen kebajikan dan pemberian sumbangan di rumah anak yatim, orang tua dan pertubuhan kebajikan;

     

    • Menjalankan sumbangan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan miskin;

     

    • Pemberian sumbangan sempena Hari Raya kepada golongan asnaf dan pemberian bubur lambuk secara percuma; dan

     

    • Sumbangan kepada keluarga miskin sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Lampiran

Tiada Lampiran.