Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

68) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos kempen Hari Tanpa Beg Plastik anjuran Kerajaan Negeri? Sila nyatakan berapakah premis yang terlibat di seluruh negeri

    Sebanyak RM198,022.90 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan
    Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Hari Sabtu.
    Setakat Jun 2010, sebanyak 72 pasar raya/peruncit yang merangkumi sebanyak 755
    premis di seluruh Selangor terlibat dalam kempen ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.