Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

109) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kempen ini telah mencapai matlamat untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang kurang mesra alam?

    Matlamat kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ yang telah mula diperkenalkan di Selangor pada tahun 2010 telah tercapai. Ini terbukti selepas tiga (3) bulan kempen ini dijalankan sebanyak 54 pengusaha pasaraya telah menandatangani deklarasi dengan Kerajaan Negeri dan sekurang-kurangnya 2 juta beg plastik juga telah dijimatkan. Mengikut anggaran dan laporan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha, lebih dari 5 juta beg plastik telah berjaya dikurangkan pada tahun pertama kempen ini dijalankan.

    Pada hari ini, Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan penglibatan hampir 100 peruncit di seluruh Negeri Selangor termasuk syarikat-syarikat besar yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negeri, pusat membeli-belah, kedaikedai secara individu dan juga restoran-restoran.

    Untuk makluman, caj RM0.20 yang dikenakan bagi setiap beg plastik disalurkan kepada badan-badan kebajikan dan NGO yang ditentukan oleh pengusaha pasaraya. Sebagai contoh, Aeon Co. (M) Bhd. telah mengutip sebanyak RM 25,000 dalam masa dua bulan selepas kempen ini diperkenalkan dan kutipan tersebut telah disalurkan kepada program penanaman pokok di Selangor, manakala Ikea telah menyumbangkan hasil kutipan mereka kepada Malaysian Nature Society (MNS).

    Pada tahun 2011, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di peringkat negara di mana kempen tersebut turut melibatkan bayaran 20 sen untuk beg plastik pada setiap hari Sabtu dan sekali gus  kempen ini telah diambil alih oleh Kerajaan Pusat.  Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih lagi memantau dan bekerjasama dengan pengusaha pasaraya yang terlibat di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.