Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

40) KEMPEN HE FOR SHE

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program yang dirangka sepanjang 2016 bagi mencapai matlamat Kempen HeForShe?

    Kempen HeForShe di peringkat Negeri Selangor telah dilancarkan pada 2 Februari 2016 yang lalu dengan dihadiri lebih daripada 300 orang ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, jabatan Kerajaan Persekutuan, pengurusan tertinggi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri serta badan-badan berkanun Negeri.

    Kempen HeForShe ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan pengurusan tertinggi atau pembuat keputusan di setiap agensi dan jabatan akan kepentingan usaha bersama golongan lelaki dan wanita untuk bersama-sama mencapai kesaksamaan gender melalui pentadbiran dan pembentukan dasar yang menyokong usaha ke arah kesaksamaan gender di organisasi masing-masing.

    Oleh yang demikian, bagi tahun 2016 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM50,000.00 untuk melaksanakan kempen dan program advokasi HeForShe di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dengan menaikkan billboard HeForShe serta pelaksanaan forum HeForShe untuk memberi kefahaman kepada kakitangan penjawat awam serta orang ramai. Justeru itu, semua Ahli Yang Berhormat, jabatan, agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah Kerajaan Negeri khususnya berperanan dalam memberikan komitmen dan kerjasama padu bagi menjayakan program-program yang bakal dilaksanakan dalam memenuhi matlamat kempen HeForShe ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.