KEMPEN HIJAUKAN BUMI

103) KEMPEN HIJAUKAN BUMI

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tahap kesedaran kempen hari tanpa beg plastik?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Merdeka Center telah menjalankan satu kajian berkaitan Kaji Selidik Hari Tanpa Beg Plastik di Selangor. Daripada hasil kajian tersebut, satu analisa dapat dibuat di mana tahap kesedaran mengenai kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” adalah amat tinggi iaitu 94% dan majoriti responden mendapat maklumat mengenai kempen ini di pasaraya.

    Hasil kajian juga mendapati majoriti responden berusaha melaksanakan kempen ini dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan mereka walaupun pencapaian objektif kempen dilihat agak rendah. Tahap puas hati responden adalah positif iaitu dapat mendidik masyarakat menjaga alam sekitar manakala responden yang kurang berpuas hati adalah tertumpu kepada caj 20 sen yang dikenakan.

    77% daripada responden menyokong pelaksanaan untuk menambah hari kempen namun3/4 responden tersebut merasakan penambahan hari kempen akan membebankan golongan pengguna. Rata-rata responden yang menyokong penambahan hari tanpa beg plastik berpendapat agar penambahan bilangan hari kempen ini ditambah kepada 2-3 hari.

Lampiran

Tiada Lampiran.