Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

172) KEMPEN JERIT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. YAB Menteri Besar telah melancarkan kempen berbasikal JERIT , Jaringan Rakyat Tertindas pada bulan November, 2008 dan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh kempen ini . Tuntutan-tuntutan kempen ini ialah : i) Akta Gaji Minima ii) Kawal Harga Barang iii) Hentikan Penswastaan Kemudahan Asas seperti Air iv) Perumahan Selesa untuk Rakyat v) Laksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan dan vi) Mansuhkan ISA. Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengimplementasikan tuntutantuntutan kempen tersebut di bawah kuasa implementasi Kerajaan Negeri Selangor?

    Akta Gaji Minima, Kawalan Harga Barang, dan Pemansuhan ISA semuanya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebagaimana YB sedia maklum, DUN Selangor sebelum ini sudah pun meluluskan usul menuntut pilihan raya Kerajaan Tempatan dan juga pemansuhan ISA. Kerajaan Negeri sedang mengkaji pelaksanaan pilihan raya Kerajaan Tempatan di dalam ruang lingkup kuasa kerajaan negeri. Dalam isu ISA, Kerajaan negeri telah memberikan bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa tahanan ISA untuk melawat tahanan di samping program-program Gerakan Mansuhkan ISA.

     

    Dalam isu kemudahan air, Kerajaan Negeri telah menawarkan untuk mengambil semula perkhidmatan air negeri Selangor dengan matlamat meningkatkan perkhidmatan dan menjaga kebajikan pengguna air. Proses tersebut masih lagi berjalan dengan semua pihak terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.