Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

45) KEMPEN KURANGKAN BEG PLASTIK

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan positif kempen kurangkan beg plastik terhadap usaha perlindungan alam sekitar

    Pelbagai kesan positif yang diperolehi dengan pelaksanaan kempen ini seperti berikut:

    • Dapat mengurangkan mengurangkan pembuangan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah yang mana menurut kajian oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, bahan buangan plastik merupakan penyumbang kedua terbesar jumlah pembuangan sampah di tapak pelupusan;

     

    • Terdapat pengurangan pembuangan sampah yang berpunca daripada plastik di Sungai Klang dan air sungai kini semakin bersih;

     

    • Memelihara ekosistem kehidupan laut kerana terdapat banyak bukti dan kajian menunjukkan hidupan laut seperti penyu dan ikan paus sering termakan dan terbelit dengan bahan buangan plastik;

     

    • Memelihara rantaian makanan manusia ini kerana apabila bahan plastik terurai, ia akan mengeluarkan bahan beracun yang akan meresap ke dalam tanah atau air yang boleh mencemarkan sumber makanan manusia; dan

     

    • Selain daripada itu, pengurangan penggunaan plastik juga dapat mengurangkan penggunaan minyak petroleum untuk tujuan penghasilan plastik. Di mana, penggunaan petroleum untuk menghasilkan plastik akan menjejaskan bekalan

Lampiran

Tiada Lampiran.