Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

173) KEMPEN MINAT MEMBACA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kempen minat membaca ini diteruskan?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam memastikan kempen minat membaca dengan melaksanakan program dan aktiviti yang berterusan melalui pendekatan seperti berikut:

                Senarai Program/Aktiviti yang telah dilaksanakan (Januari – Mei 2019)

     

    BIL. SENARAI PROGRAM/AKTIVITI TARIKH JUMLAH PENYERTAAN (ORANG)
    1 Pesta Buku Selangor 2019 28 Februari – 10 Mac 2019 498,646
    2 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 : Selangor Negeri Tamu 29 Mac – 7 April 2019 9,436
    3 Program JOM BACA untuk 10 MINIT : Selangor 23 April, 2019 1,187,357
    4 Dialogue@Shah Alam Siri 1 : Penjawat Awam 3 Mei 2019 600
    5 Program World Kids #Quran Hour 22 Mei 2019 3,500
    6 Program World #Quran Hour 30 Mei 2019 35,219
    7 Seminar Skor A : SMK TTDI Jaya, Shah Alam 28 – 30 Januari 2019 390
    8 Bengkel Numerologi dan Parenting bersama Guru Kaunseling, PPD Petaling Perdana 19 – 20 Februari 2019 130
    9 Majlis Apresiasi dan Perlantikan Pegawai Teknikal JPN Selangor 2019 21 Februari 2019 60
    10 A Night at The Library: Islam & The Pursuit of Knowledge collaboration with SEMAI Group 23 – 24 Februari 2019 160
    11 Program dan Aktiviti Perkhidmatan Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam Januari  – Mei 2019 / 328 Aktiviti 12,753
    12 Program dan Aktiviti SMART MOBILE LIBRARY (SML) Januari  – Mei 2019 / 34 Program 6,384
    13 Program dan Aktiviti Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan Januari – Mei 2019 / 4,954 Aktiviti 181,408
    JUMLAH KESELURUHAN PROGRAM/AKTIVITI 5,326 AKTIVITI 1,906,396

     Program yang akan dilaksanakan Julai hingga Disember 2019

    Bil Program Dan Aktiviti Tarikh
    1  Festival Buku Dan Kanak-Kanak (FESBUK) 2019. 5 – 7 Julai 2019
    2 My School Goals International Festival 29 Julai 2019
    3 Minggu Sains Negara Peringkat Negeri 2-8 Ogos 2019
    4 Memori Kemerdekaan 16 Ogos 2019
    5 Pesta Buku Mini -Daerah 29 Ogos 2019
    6 Literasi Maklumat bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPNSEL) sempena Anugerah NILAM Negeri Selangor 27 Ogos 2019
    7 #Merdeka Quran Hour 30 Ogos 2019
    8 Bulan Bahasa Kebangsaan 26 Oktober 2019

    Perpustakaan akan meneruskan jalinan kerjasama dengan pelbagai institusi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta berganding bahu melaksanakan program/aktiviti galakan membaca dengan lebih kreatif. Program promosi dan publisiti akan ditambah, kerana peranan media massa khususnya media elektronik dan media cetak penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan.

    Di samping program-program ini, Kerajaan Negeri mengalu-alukan semua agensi kerajaan bekerjasama dengan PPAS agar dapat meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat, melalui program/aktiviti galakan membaca yang lebih kreatif.

Lampiran

Tiada Lampiran.