Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

222) KEMPEN NO PLASTIC

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang membatalkan kempen ini?

    Kempen Beg Plastik merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran penduduk di Negeri Selangor tentang kesan jangka panjang penggunaan beg plastik dan polistirena terhadap kesihatan dan alam sekitar. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk mengawal pembuangan plastik, pencemaran alam sekitar, pencemaran sungai seterusnya mengurangkan kes-kes banjir di Negeri Selangor.

    Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk Kerajaan Negeri Selangor menghentikan kempen ini memandangkan ianya adalah kempen yang baik untuk kesan jangkamasa panjang. Apa yang perlu ditekankan adalah sokongan dan kerjasama dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan rakyat Negeri Selangor untuk sama-sama ke arah menjayakan kempen ini demi kesejahteraan generasi yang akan datang.

    Selain itu, menjaga kebersihan patut dijadikan amalan dan dengan adanya kempen seperti ini, ianya dapat mengingatkan orang ramai untuk tidak membuang plastik merata-rata kerana beg plastik tidak lagi diperolehi secara percuma tetapi perlu dibayar. Ini sekaligus dapat menggalakkan orang ramai untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah sebagai langkah penjimatan.  

Lampiran

Tiada Lampiran.