Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

30) KEMPEN ÒHIJAUKAN BUMIÓ

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam usaha menyahut kempen ÒHijaukan BumiÓ yang bertujuan menjaga kualiti alam?

    Sejak pelancaran kempen penanaman 26 juta pokok menjelang tahun 2014 di seluruh negara yang bertemakan “Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok” oleh Y.B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 22 April 2010 bersempena sambutan Hari Bumi, Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan komitmen tinggi dengan melaksanakan program penanaman pokok yang dimulakan di Hulu Selangor. Setakat tahun 2013, sebanyak 711,210 pokok telah berjaya ditanam melalui penyelarasan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Kempen tersebut adalah salah satu inisiatif Kerajaan menangani isu perubahan iklim. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga melaksanakan Dasar Hijaukan Selangor sebagai salah satu tindakan yang amat penting memandangkan bumi kita sering mengalami bencana alam yang mengancam kualiti alam sekitar. Di antara tindakan dan inisiatif hijau tersebut ialah melancarkan beberapa kempen dan polisi seperti:i) Kempen Hari Tanpa Beg Plastik;

    1. Kempen 10:10 Menangani Perubahan Iklim Dengan 10 Langkah Mudah;
    2. Kempen Guna Semula Bekas Makanan Di Bangunan-bangunan Kerajaan;
    3. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang dilancarkan pada tahun 2009 dan diselaraskan oleh Jabatan Alam Sekitar di mana program ini melibatkan wakil rakyat atau pemimpin masyarakat di peringkat Parlimen bersama-sama rakyat melaksanakan program kesedaran alam sekitar secara hands-on; dan
    4. Program Zon Bersih Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan yang berpandukan konsep kejiranan hijau yang telah dimulakan sejak tahun 2010.

    Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri Selangor melalui kerjasama erat yang sedia terjalin di antara Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-badan Berkanun Kerajaan, institusi-institusi pendidikan, pihak swasta dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) akan meneruskan inisiatif sedia ada dan sentiasa merancang, mengutamakan dan melaksanakan pelbagai program berorientasikan kehijauan bumi dan kelestarian alam sekitar melalui perkongsian pintar dan tindakan secara kolektif. Impak daripada aktiviti-aktiviti kesedaran dan kehijauan tersebut telah membolehkan orang ramai mengetahui isu-isu alam sekitar dengan lebih jelas dan dapat bekerjasama dengan Kerajaan menangani masalah-masalah alam sekitar yang dihadapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.