Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

145) KEMPEN SELANGOR BEBAS PLASTIK BAG DAN POLISTERENA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kejayaan Kempen Bebas Plastik dan Polisterina berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang telah ditetapkan dan sebarang langkah penambahbaikan bagi memastikan tiada insiden peniaga mengambil kesempatan atas caj 20 sen untuk setiap beg plastik

    Pelaksanaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena baru dilaksanakan selama tiga bulan sejak daripada tarikh penguatkuasaannya pada 1 Januari 2017 dan berdasarkan respon melalui media massa serta media sosial pelbagai reaksi positif dan negatif yang telah diterima terhadap pelaksanaan dasar baru ini. Oleh itu, bagi mengukur kejayaan kempen ini, Kerajaan Negeri akan menjalankan satu kajian awam berhubung pelaksanaan kempen yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan bulan April 2017 untuk mendapatkan maklumbalas serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

    Selain itu, bagi memastikan pihak peniaga menyalurkan kutipan RM0.20 bagi setiap beg plastik, Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi perjumpaan dan mesyuarat secara berkala bersama pihak peniaga bagi memantau laporan penyaluran kutipan serta aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak peniaga.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.