Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

147) KEMPEN TAK NAK POLISTIRENA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kejayaan dan keberkesanan kempen tersebut?

    Kempen Pengurangan Penggunaan Polistirena diadakan bersekali dengan kempen pengurangan penggunaan beg plastik yang baru dikuatkuasakan di bangunan-bangunan kerajaan pada bulan September 2016. Pelaksanaan kempen ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada setiap hari bermula bulan Januari 2017 yang melibatkan seluruh premis perniagaan di Negeri Selangor.

    Selain itu, kempen pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena ini juga telah dilaksanakan semasa program Bazar Ramadhan Mampan 2016 di mana penjaja disyaratkan tidak menggunakan polisterin sebagai bekas makanan dan usaha ini disambut baik oleh penjaja dan pengunjung bazar.

Lampiran

Tiada Lampiran.