KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
44) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak 20 sen yang dibayar oleh para pengguna pada setiap hari Sabtu untuk membeli satu beg plastik digunakan untuk kerja-kerja amal. Sila senaraikan
Hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan bagi setiap beg plastik pada Hari Sabtu oleh pasaraya-pasaraya yang terlibat dalam kempen ini akan disalurkan kepada programprogram CSR yang berkenaan, NGO alam sekitar serta badan-badan kebajikan yang dipilih dan bukan untuk kegunaan pasaraya itu sendiri. Setakat ini, antara programprogram alam sekitar yang dapat dijalankan oleh pasaraya-pasaraya hasil kutipan caj 20 sen yang diperoleh adalah :
- Penanaman pokok bakau di Kuala Selangor Nature Park (IKANO sdn bhd)
- Penanaman pokok dan pemantauan sungai (99 speedmart)
- Program komuniti 7-e (7 eleven)
- Taman Permainan kanak-kanak Laman Beringin Selayang (Parkson sdn bhd)
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan menjalankan pemantauan yang berterusan agar hasil kutipan caj 20 sen yang dikenakan akan disalurkan kepada program-program yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan bukan untuk kegunaan pasaraya tersebut sendiri.
