Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

73) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK DAN TANPA PERALATAN POLISTERIN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak pasaraya yang telah menyertai kempen tiada beg plastik dan peralatan polisterin setiap hari Sabtu sehingga sekarang?

    Pada hari ini, Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan penglibatan hampir 100 peruncit di seluruh Negeri Selangor termasuk syarikat-syarikat besar yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negeri, pusat membeli-belah, kedaikedai secara individu dan juga restoran-restoran. Di antara pusat membeli-belah yang terlibat adalah Giant Hypermarket, AEON Shopping Centre, Tropicana City Mall dan Tesco.

Lampiran

Tiada Lampiran.