KEMPEN TANPA BEG PLASTIK

10) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat mana pencapaian kerajaan dalam mempopularkan kempen tanpa beg plastik dengan hari tanpa beg plastik setiap Sabtu di Selangor?

    Sejak kempen ini dikuatkuasakan pada Januari 2010, sehingga sekarang, orang ramai
    mulai kelihatan membawa beg sendiri dari rumah untuk membeli belah pada hari Sabtu
    bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dan juga juntuk mengelak dikenakan caj 20
    sen.
    Selain itu, bilangan pasar raya yang menyertai kempen tanpa beg plastik ini semakin
    meningkat dari masa ke semasa. Ini menunjukkan satu pencapaian yang besar kerana
    kempen ini secara beransur-ansur memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
    kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.