Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

175) KEMPEN TANPA PLASTIK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri selain mengenakan caj kepada pembeli yang mahukan plastik?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat dan perjumpaan bersama pihak peniaga bagi membincangkan pelaksanaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena sebelum kempen dilaksanakan dan di antara aspek perbincangan tersebut adalah inisiatif-inisiatif yang boleh disediakan oleh peniaga kepada pengguna. Antara inisiatif tersebut adalah pemberian diskaun kepada pengguna yang membawa beg sendiri semasa membeli belah serta menawarkan beg kitar semua yang tahan lasak kepada pengguna dengan harga yang rendah untuk menarik minat pengguna menyertai kempen ini. Inisiatif seperti ini telah pun dilaksanakan oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, Giant serta lain-lain pengusaha pasaraya sejak daripada pelaksanaan kempen yang terdahulu dilancarkan dan inisiatif seperti ini masih diteruskan. Bagi memastikan kempen ini dapat mencapai objektifnya, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji cadangan-cadangan inisiatif lain yang boleh dilaksanakan melalui perjumpaan dengan peniaga serta PBT secara berkala.

Lampiran

Tiada Lampiran.