Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

134) KEMPEN ZON BERSIH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan kempen zon bersih dan senaraikan kawasan-kawasan yang terpilih untuk menjalankan Kempen Zon Bersih mengikut PBT?

    1. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk pelaksanaan  kempen  zon bersih di semua Pihak Berkuasa Tempatan di mana masing-masing telah menerima sebanyak RM100,000 kecuali Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada  tahun  PBT diarahkan untuk memilih satu kawasan yang paling rendah tahap kebersihannya untuk dipertandingkan dan senarai kawasan-kawasan adalah seperti berikut :

     

     

    BIL PBT LOKASI ZON BERSIH
    1. MBSA TAMAN SERI MUDA SEKSYEN 25, SHAH ALAM
    2. MPBJ SEKSYEN 52
    3. MPSJ KG. TRADISI SERI AMAN, PUCHONG
    4 MPK JALAN BERANGAN, PELABUHAN KLANG &

    TAMAN GEMBIRA, KLANG

    5. MPS BANDAR BARU SELAYANG
    6. MPAJ PANDAN INDAH
    7. MPKj SEKSYEN 1, BANDAR BARU BANGI
    8. MPSp TAMAN SEROJA, BANDAR BARU SALAK TINGGI
    9. MDKS TAMAN BAYU, TAMAN DESIRAN & TAMAN PINGGIRAN
    10. MDHS BANDAR BARU BATANG KALI
    11. MDKL TAMAN SERI PUTERA, BANTING
    12. MDSB PASAR AWAM SEKINCHAN

Lampiran

Tiada Lampiran.