Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

21) KEMPEN ZON BERSIH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tong sampah dalam program ini?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta untuk diagihkan kepada 12 PBT bagi pelaksanaan Program Zon Bersih. Berikut adalah pecahan perbelanjaan yang telah digunakan untuk pembelian tong sampah mengikut PBT

        PERUNTUKAN YANG DIGUNAKAN
    BIL   PBT
       
    1. MBSA RM 24,750.00
    2. MBPJ RM 33,000.00
    3. MPK RM 14 820.00
    4. MPSJ RM 18,000.00
    5. MPAJ RM 27,000.00
    6. MPS RM 39,000.00
    7. MPKj RM    4,375.00
    8. MPSp RM 14,246.00
    9. MDKS RM 15,880.00
    10. MDKL RM 17,500.00
    11. MDHS
    12. MDSB RM   1,800.00

     

    Secara keseluruhannya program Zon Bersih ini telah berjaya dilaksanakan yang mana untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang paling bersih di Malaysia dan semangat menjaga kebersihan dalam diri rakyat Negeri Selangor khususnya. Program Zon bersih untuk sesi 2009/2010 berjaya dilaksanakan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada semua pihak yang mana melibatkan Jawatankuasa Penduduk, NGO, Agensi-agensi luar dan sebagainya.

    Lanjutan daripada itu kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan program Zon Bersih untuk sesi 2010/2011 bermula bulan Oktober 2010. Tema bagi pemilihan kawasan program Zon Bersih 2010/2011 adalah merupakan kawasan Pekan dan jika dilihat dari segi pelaksanaan program ini dapat mengubah keadaan persekitaran di Zon Bersih dan juga masyarakat terutamanya dari segi penjagaan kebersihan dan kesihatan.  Penduduk banyak didedahkan kepada kepentingan penjagaan persekitaran.  Contohnya, pengawasan kes-kes denggi, kempen kitar semula dan amalan pembuangan sampah yang teratur.

    Selain itu, matlamat untuk menarik penglibatan daripada masyarakat dalam mengatur serta memelihara alam sekitar secara bersama adalah tercapai dengan adanya kerjasama dari pihak mereka seperti aktiviti turun padang semasa program atau aktiviti gotong-royong dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.