Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

47) KEMUDAHAN ASAS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kaedah Kerajaan Negeri dalam memantau keberkesanan laluan ÒBas Percuma SelangorkuÓ sejak Julai 2015, dan hasil pemantauan.

    Kerajaan Negeri bersama-sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah berjaya melancarkan perkhidmatan bas secara percuma yang dikenali sebagai Bas Selangorku pada 1 Julai 2015. Kejayaan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan kemudahan pengangkutan percuma untuk semua rakyat di Negeri Selangor secara berperingkat.

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015, perkhidmatan Bas Selangorku telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini berdasarkan laporan bulanan yang dikemukakan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat sebagai salah satu kaedah pemantauan yang berterusan bagi memastikan kemudahan tersebut adalah relevan dan boleh dipercayai.

    Berdasarkan rekod, terdapat peningkatan sehingga 77.42 peratus  (77.42%) bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 30 September 2015 dengan jumlah keseluruhan penumpang adalah 234,110 orang. Perincian peningkatan bagi setiap PBT bermula Julai hingga September adalah seperti di Jadual 1.

    Jadual 1: Jumlah Penumpang dari Julai hingga September Mengikut PBT

    PBT JUMLAH PENUMPANG Jumlah mengikut PBT / Keseluruhan
    JULAI OGOS SEPTEMBER
    MBSA 26,709 42,066 45,894 114,669
    MPSJ 19,699 30,686 33,419 83,804
    MPK 6,821 13,688 15,128 35,637
    Jumlah

    Bulanan

     

    53,229

     

    86,440

     

    94,441

     

    234,110

Lampiran

Tiada Lampiran.