Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

6) KEMUDAHAN ASAS SEPERTI JALAN DAN LONGKANG LUAR BANDAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapa keadaan kemudahan asas di kawasan luar bandar tidak diselenggara dengan baik?

    Setiap tahun Kerajaan Negeri menyediakan sejumlah peruntukan bagi tujuan membina atau menaik taraf serta baik pulih kemudahan asas di kawasan luar bandar bagi sembilan (9) Daerah di Negeri Selangor. Dalam hal ini, sejumlah RM41,516,286.55 telah di sediakan yang merangkumi sebanyak 1662 projek bagi  kerja-kerja penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf jalan, longkang, kemudahan sukan dan gerai PLB untuk dilaksanakan daripada tahun 2008 sehingga tahun 2011. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM13,503,196.52 iaitu sebanyak 690 buah projek telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan-jalan kampung manakala sebanyak RM4,405,401.40 yang merangkumi 208 projek telah di sediakan bagi kerja-kerja menaik taraf longkang dan saliran.

    Dalam hal ini, peruntukan tersebut disalurkan kepada Pejabat-pejabat Daerah bagi tujuan pelaksanaan projek-projek tersebut berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan sama ada daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), aduan penduduk serta pemantauan yang dibuat sendiri oleh Pejabat Daerah dan ianya juga dirujuk kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) di kawasan berkaitan. Pemilihan projek-projek tersebut adalah berdasarkan keperluan dan tahap kritikal sesuatu kawasan.

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa peka terhadap keperluan penyelenggaraan kemudahan asas luar bandar serta memastikan perkara ini tidak diabaikan selaras dengan objektif Kerajaan Negeri yang sentiasa memastikan Negeri Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.