KEMUDAHAN ASAS UNTUK SEMUA RAKYAT SELANGOR

3) KEMUDAHAN ASAS UNTUK SEMUA RAKYAT SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi penduduk di kawasan luar Bandar yang tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik?

    Usaha yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih dan elektrik di kawasan luar Bandar dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang mempunyai kemudahan-kemudahan dan bantuan bekalan air dan elektrik khas kepada penduduk luar bandar.

    Selain itu, pihak SYABAS juga ada melaksanakan program Air Bersih. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada permohonan atau aduan yang diterima mengenai penduduk Selangor yang tidak mendapat kemudahan elektrik dan bekalan air.

Lampiran

Tiada Lampiran.